PEJABAT PENDIDIKAN AGAMA DAERAH KULAIJAYA (PPAD KJ)

 Bermula 1 Januari 2010, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kulaijaya telah beroperasi sebahagiannya. Dikendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja, iaitu :-

 

i)                   Ustaz Hj Amir bin Hj Kasman,

(Penolong Pegawai Pendidikan Agama Unit Pengurusan Akademik)

ii)                 Ustaz Mustajab bin Anuar

(Penolong Pegawai Pendidikan Agama Unit Pengurusan Sekolah)

iii)              Ustazah Noryamahaini binti Mahat

(Pembantu Khas UPA)

 

Segala pengurusan Sekolah dimudahcarakan oleh Ustaz Hj Amir bin Kasman dengan bantuan Ustazah Noryamahaini binti Mahat. Antara pengurusan yang diuruskan oleh PPAD KJ bermula tarikh tersebut ialah:-

                       i)          Mewakilkan semua menyuarat-mesyuarat yang melibatkan PPAD KJ seperti Mesyuarat Tindakan Daerah Kulaijaya, Mesyuarat anjuran Jabatan Agama Johor, acara-acara Majlis Daerah Kulaijaya dan acara-acara Jabatan Agama Johor

 

                     ii)          Segala surat-menyurat dan perfailan dilakukan oleh Noryamahaini binti Mahat dan ditandatangani sebahagiannya oleh Tn. Hj Amir bin Kasman dan sebahagian yang lain oleh Tn. Hj Mohd Fauzi bin Arshad (PPAD JB).

 

                   iii)          Penerimaan pendaftaran lewat Darjah 1 tahun 2010. Terdapat lebih 600 orang pelajar yang mendaftar lewat di PPAD KJ. Semua pendaftaran pelajar lewat dan pendaftaran warga negara asing dapat dilakukan dengan baik. Pelajar-pelajar dapat ditempatkan di semua sekolah-sekolah yang dipohon.

 

                   iv)          Segala urusan unit pengurusan sekolah dikumpul di PPAD KJ, kemudian dihantar ke PPAD JB. Permasalahan sekolah berkaitan dengan Unit Pengurusan Sekolah, seperti pengagihan keperluan peralatan sekolah, pengagihan alat bantu mengajar, aduan kerosakan dan penambahbaikan bangunan, kekurangan kerusi dan meja, kerosakan mesin perakam waktu, pengurusan kitab dan buku tulis dapat diuruskan dengan baik.

 

                      v)          Segala kerja-kerja Seksyen Pengurusan Pembangunan  Kemanusiaan dibantu oleh Ustaz Ihsan bin Rabu (Guru Besar Sek Agama Sri Gunung Pulai). Antaranya ialah Tilawah Al Quran peringkat sekolah, zon dan daerah, Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah, Program Lawatan ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Daerah Kulai sempena menyambut bulan Ramadhan, Majlis Gotong Royong kawasan perkuburan dan sebagainya.

 

                   vi)          Pakaian Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah dan Pengawas sekolah di seluruh sekolah-sekolah Agama Daerah Kulaijaya telah diseragamkan bermula 1 Januari 2010. Sehubungan dengan itu, pihak PPAD KJ yang diuruskan oleh Ustaz Ihsan bin Rabu dan Ustazah Kamaliah binti Othman juga telah menempah dan seterusnya membekalkan kepada sekolah-sekolah mengikut tempahan yang dikemukakan.

 

                 vii)          Tuntutan mengajar Darjah Khas juga dikumpul oleh PPAD KJ dan kemudian dihantar ke PPAD JB setiap bulan sebelum 10hb. Segala tuntutan dapat diselenggara dengan baik apabila setiap bulan guru-guru Darjah Khas dapat diingatkan dan tuntutan diterima oleh mereka tepat pada masanya.

 

               viii)          Tuntutan kebersihan tandas dan pemotongan rumput juga dikumpul oleh PPAD KJ dan kemudian dihantar ke PPAD JB setiap bulan sebelum 10hb.

 

                   ix)          Segala permohonan cuti guru juga dikumpul dan diserahkan ke PPAD JB. Sebarang permasalahan akan diajukan ke PPAD JB atau oleh PPAD KJ.

 

                      x)          Permohonan untuk sambung kontrak guru-guru DB17 dan guru-guru TAJ disokong oleh Tn Hj. Amir bin Kasman dan kemudian dirujuk ke PPAD JB untuk tindakan selanjutnya.

 

Namun begitu bagi pengurusan Unit Pengurusan Akademik diselenggarakan sepenuhnya oleh Tn. Hj Amir bin Kasman dibantu oleh Noryamahaini Mahat dan Nurhanisza binti Mohd Surong seperti:

i)         Membina JSU dan bina item bagi Ujian Setara dan Peperiksaan Setengah       Tahun dan Akhir Tahun bagi darjah 1 – 6.

ii)    Membina soalan Ujian Setara dan Peperiksaan Setengah Tahun Darjah 1 – 6

iii)    Mengendalikan pengurusan penandaan kertas Peperiksaaan SDEA dan   SDKA berpusat.

iv)     Mengikuti kursus-kursus kurikulum dan peperiksaan.

v)     Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Unit Pengurusan Akademik

 

Pada bulan Februari 2010, Ustazah Noryamahaini binti Mahat dibantu oleh Puan Fatimah binti Harun telah dihantar untuk mengikuti Bengkel Budget Pengurusan Emolumen Gaji wakil Daerah Kulaijaya. Seterusnya diberi tanggungjawab untuk menyediakan budget Mengurus Belanjawan Setahun (MBS) bagi PPAD KJ dan sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Kulaijaya.

            Sepanjang tahun 2010, pergerakan aktiviti yang dijalankan di PPAD KJ adalah atas kerjasama dari Majlis Guru Agama Daerah Kulaijaya dan ahli jawatankuasanya. Sebahagian sumber kewangan adalah ditampung oleh MAGAD dan sebahagian yang lain ditampung oleh individu perseorangan.

Bermula pada bulan Mei 2010 jumlah kakitangan di PPADKJ mula bertambah. 

Ulasan

Catatan Popular