SEJARAH SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan sekolah-sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah. Kini, Sekolah Agama Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehingga tahun 2002 jumlah murid ialah 212,030 orang yang melibatkan 3,168 orang guru.
Objektif
- Mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati
asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.
- Dapat membaca Al-Quran dengan
baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang
terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan.
- Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif,
berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.
- Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi
serta dapat mempertahankannya.
- Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran
berbahasa Arab sama ada secara lisan dan tulisan.
- Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat
dengan baik menerusi pelajaran amali.
Syarat-syarat
kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan
Pendaftaran dan
Yuran
- Pendaftaran masuk adalah percuma
- Bayaran yuran 60 sen sebulan
- Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan
sekolah
Kurikulum
Umumnya, murid-murid Sekolah Agama
Johor adalah murid-murid yang berdaftar dan belajar di Sekolah-sekolah Rendah
dan Menengah Kebangsaan. Sekolah Agama Johor pula berfungsi untuk menambah,
melengkap dan memperkukuhkan lagi matapelajaran pendidikan Islam. Oleh itu,
kurikulum yang disediakan oleh Sekolah Agama Johor hanya menumpukan kepada
matapelajaran pendidikan agama sahaja.
Tahap
I ( Darjah I, II, III ) |
Tahap
II ( Darjah IV, V, VI ) |
|
|
Ko-kurikulum
Kegiatan ko-kururikulum dijalankan secara berterusan
sepanjang tahun di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri. Aktiviti yang
dijalankan adalah seperti berikut :
- Perujian
Tilawah Al-Quran murid-murid lelaki dan perempuan
- Pertandingan
syarahan Bahasa Arab
- Pertandingan
mentafsir ayat Al-Quran
- Pertandingan
membaca berzanji
- Pertandingan
tahfiz Al-Quran
- Pertandingan
tarhim, azan dan iqamah
- Perujian
seni khat.
Struktur Pembelajaran
- Hari
persekolahan 5 hari seminggu
- Masa
pembelajaran: 7.30 - 12.00 tengahari (sesi pagi) 2.00 - 6.30 petang (sesi
petang)
- Jam
pertemuan: Tahap I - 1 jam 30 minit sehari Tahap II - 3 jam sehari
- Tempoh
pembelajaran: 6 tahun
- Jumlah
murid bagi setiap kelas: antara 20 - 39 orang.
- Kedudukan
umur, darjah dan masa belajar:
Tahap |
Darjah |
Umur |
Masa Belajar |
1 |
I |
7 tahun |
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang |
II |
8 tahun |
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang |
|
III |
9 tahun |
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang |
|
2 |
IV |
10 tahun |
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang |
V |
11 tahun |
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang |
|
VI |
12 tahun |
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang |
Halatuju Sekolah Agama Kerajaan Johor
- Bagi yang
lulus, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas Agama
di samping meneruskan pengajiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Kementerian Pendidikan
- Berpeluang
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah Menengah Agama
Negeri Johor.
Ulasan
Catat Ulasan